Another Source

Selasa, 09 Oktober 2012

Tips dan Trik Komputer


Perlukah kita gunakan antivirus?
Banyak pihak menyarankan penggunaan perisian antivirus terkini untuk memastikan keselamatan komputer. Persoalannya, perlukah atau tidak kita menggunakan perisian sebegini rupa? Memang tiada jawapan mudah, namun sebagai pengguna kita seboleh-bolehnya tidak mahu membelanjakan duit tanpa justifikasi tetapi pada masa yang sama ingin meminimakan risiko tersebut. Tetapi bagaimana ya?
Di sini diturunkan beberapa tips dan saranan mudah yg boleh kita amalkan :-
1. Jangan sekali-kali menggunakan MS Outlook atau Outlook Express.
Sebagai ganti gunakan Pegasus Mail, TheBAT atau Eudora, yg mempunyai ciri-ciri terbaik Outlook untuk menghantar dan menerima gambar serta teks dsb.
2. Tidak membuka atau membaca mel-mel dari sumber yg tak dikenali.
Padamkan terus tanpa membaca mel-mel yang anda ragui kesahihan serta sumbernya, terutamanya dari penghantar mel "spammers".
3. Memasukkan perisian firewall seperti Zone Alarm, atau Tiny Firewall untuk mencegah penggodam daripada memasuki komputer dan meletakkan perisian jahat seperti trojan atau jalan belakang serta mencuri kata laluan anda.
4. Attachment berbentuk Word atau Excel?
Beritahu sahaja sesiapa yang ingin menghantarkan attachment bahawa anda hanya menerima fail dalam bentuk RTF (rich text format) sebagai ganti Word, ataupun CSV (comma separated values) untuk Excel. Untuk membukanya, klik kanan pada attachment tersebut pilih MS Word atau Excel. Senangkan...
5. Padamkan opsyen Javascript atau Vbscript dalam pelayar web anda.
Kurang skrin popup timbul, serta memudahkan pelayaran anda ke tempat-tempat yang dituju. Laman web juga lebih cepat dipindahkan.
6. Padamkan perisian wscript.exe dan cscript.exe di dalam direktori Windows
Mengelakkan skrip-skrip jahat seperti virus AnnaKournikova.vbs contohnya daripada dijalankan tanpa pengetahuan kita.
7. Menggunakan mel berasaskan web seperti hotmail.com, yahoo mail dsb Mempunyai ciri terkini seperti penapis mel tak diingini, pengimbas virus serta melihat maklumat mel tanpa membukanya terlebih dahulu.
8. Mengelakkan diri dari melayari laman web warez, yg tak masuk akal ataupun lucah melampau. 8-)
9. Memadamkan opsyen berkongsi fail dan pencetak di dalam rangkaian
Dapat mencegah kemasukan tanpa kebenaran ke dalam pemacu yg dikongsi bersama serta mengelakkan penyebaran perisian jahat.
Tiada jaminan 100%, tetapi sehingga kini bilangan jangkitan dalam lebih sepuluh tahun pengalaman menggunakan komputer adalah satu atau dua sahaja. Hebatkan... tanpa mengeluarkan duit sesen pun untuk membeli perisian antivirus. Anda pula bagaimana?
 


Lajukan Sambungan Internet (2)
Sebenarnya ada beberapa cara nak memaksa talian internet kita berfungsi dengan sepenuh tenaga. Cara yang paling asas ialah menggunakan modem yang berjenama, serta menukar talian telefon(wayar dia) aku cadangkan kalau nak beli modem tengok chipsetnya dulu..yang paling bagus chipset cap rockwell dan lucent. Yang paling bodoh dan lembab cap Phantom dan PCtel. Modem macam kita guna kat Malaysia nie, walaupun 56k masih dikira sebagai modem analog..Bila ler TMnet nak pasang DSP.
Tips pertama, cuba guna beberapa init string yang bersesuaian dengan modem anda. Sila rujuk halaman web pengeluar anda, takpun log modem anda. Init String boleh di masukkan dengan pergi ke control panel> modem >tab general properties> tab connection advanced> extra setting. Init string yang paling asas ialah AT&F tetapi aku syorkan pada korang dengan menatang nie.....jangan pening aaaa &C1&D2E1Q0V1X4 S7=55 S11=40 S0=0 bendaalah nie sesuai untuk semua modem 56k terutamanya cap USrobotik/3com. Aku dah rasa kelajuannya, sampai bergegar modem ekekeke...
Tips kedua, dengan mengubah kelajuan penerimaan port modem. Lagi mudah ooo. Pergi control panel > modem> tab general properties> tab general. kat situ ubah maximum speed sampai 115200 kemudian pergi kat tab connection> port setting naikkan slider tu sampai ker sebelah kanan sekali.
Tips ketiga, dengan mengubah systemnya. Pergi ker start> run> taipkan sysedit. Pergi kat win.ini kemudian cari bahagian yang ada tertulis [port] tambahkan benda nie... COMx:=921600,n,8,1,p yang x tu modem port korang. Jangan silap. Kalau tak tau rujuk modem properties. Haa ada lagi. Pergi macam tadi.. start> run> taipkan sysedit. Cari system.ini. Kemudian carik lagi bahagian nie [386Enh] tambahkan COMBoostTime=1 dan COMxBUFFER=1024 seperti biasa yang x tu port komputer korang.
Tips keempat, benda nie payah sikit sebab kena ubah registry windows...so kena backup dulu registry tu dengan pergi ke start> run> scanreg.Pastu pergi start> run> taipkan regedit>pergi sini HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\VxD\COMBUFF yang kat bahagian kanan tu jengoklah tempat yang tulis start. klik kanan, modify masukkan 0000 01 klik ok. Kemudian pergi kesini pulak. HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\VxD\VCACHE buat macam arahan di atas dan ubah benda yang tulis 'start' tu kepada 0000 01. Lagi satu cuba ubah registry slownet. HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\Class\Net\0000 yang kat sebelah kanan tu cari slownet. Klik kanan pilih modify, masukkan 0000 00.
Tips kelima, dengan guna perisian pemacu modem macam netboost99 ker, tetapi aku cadangkan penggunaan perisian internet tweak 2000 keluaran megallas. Bezanya nak tweak windows nie sebab ianya bergantung kepada versi windows tu. Kalau windows95 kena ubah MTUnya. Kalau win98 kena ubah IPMTUnya. Sebab tu aku cadangkan perisian nie. Mudah senang dan tepat. IPMTU aku cadangkan 576 ataupun 1500. Aku guna 1500. NDI Cache aku cadangkan 16. Kalau guna internet tweak 2000 dia set ndicache tu secara automatik ..Rcv Windows aku cadangkan 4 atau 8.Aku set modem aku kepada 8. Time To Live(TTL) tu set kepada 64 atau 128. Aku cadangkan 64.
Tips keenam, pergi control panel. Network. Tab configuration. Pilih TCP/IP kemudian properties. Pergi DNS Configuration. Enablekan DNS. Hos: TMnet(kalau guna tmnet) Domain: tm.net.my DNS Server Search Order tu masukkan nombor ip yang tmnet bagi iaitu: 202.188.0.133 klik add. Kemudian, 202.188.1.5 klik add lagi. Pergi Tab Wins Configuration. Disablekan Wins Configuration. Restart komputer korang. Pastu pergi balik control panel, network dan klik dialup adapter. Pilih Tab Advanced dan ubah IP Packet size kepada Large. Ngam Hooo..
 


Gunakan IE5 dengan lebih baik
Jika anda mempunyai Internet Explorer 5 dalam komputer anda, ia mempunyai ciri-ciri yang agak berlainan daripada IE sebelumnya. Seperti pembaca lain mereka juga menghadapi masalah dengan ciri-ciri terbaru dalam IE5 tetapi sebenarnya ciri-ciri ini adalah untuk membantu anda ketika melayari Web. Berikut adalah beberapa koleksi tip berkaitan IE5 yang akan membuatkan pelayaran anda lebih berkesan dan menarik.
Lebih daripada satu IE
Apabila Internet Explorer 4 dikeluarkan maka lebih ramai pengguna menggunakannya. Tetapi terdapat satu masalah kerana IE4 adalah merupakan sebuah perisian yang lain daripada IE yang sebelumnya. Maka IE5 kini boleh digunakan bersama-sama IE4 dengan menetapkan beberapa ciri khusus semasa pemasangan.
Apabila pemasangan IE5 dilakukan, anda akan diberi pilihan iaitu Select the Minimal atau Customized. Apabila kekotak dialog Component Options muncul, klik pada bebutang Advanced dan pilih bahagian Compatibility, kemudian pilih untuk menyimpan IE4.
IE ubati IE
IE5 adalah aplikasi pertama daripada Microsoft yang mampu membaiki sendiri tanpa melakukan pemasangan semula bila ia mengalami kerosakan. Bila IE itu bertindak agak ganjil, pergi ke Control Panel (Start, Settings, Control Panel) dan buka Add/Remove Programs. Pilih Microsoft Internet Explorer 5 dan Internet Tools seterusnya klik Add/Remove. Dalam kekotak dialog, klik Repair Internet Explorer, kemudian klik OK. Setelah itu IE akan membaiki sebarang kerosakan yang dialaminya.
Melebihkan ruang
Cara 1
Internet Explorer telah menetapkan senarai bebutang seperti bar menu, toolbar standard, bar alamat dan bar sambungan (links) dan kesemuanya terletak di bahagian atas pelayar. Untuk menambah ruangan, letakkan penunjuk kepada bahagian bawah bar itu dan bila ia berubah kepada anak panah dua hala, heret bar itu ke atas sehingga ia terhenti. Kini semua bar itu adalah sebuah bar yang kecik.
Untuk menyusun semula kedudukan, letakkan penunjuk tetikus pada garis mendatar pada sebelah sebarang bar itu dan heret ke kiri atau kanan. Anda boleh terus mengheret bar itu menurut kehendak anda.
Atau
Cara 2
Untuk mengoptimakan toolbar, anda boleh padamkan bar sambungan, yang memaparkan sambungan kepada beberapa tapak dan perkhidmatan Microsoft. Anda boleh hilangkannya dengan mengklik kanan pada sebarang ruang kosong bar itu dan padamkan pilihan Links.
Atau
Cara 3
Untuk memadamkan bar tajuk dan menambah lagi ruang, tekan kekunci F11. Ini merupakan kekunci penukaran, dengan menekannya sekali lagi akan mengembalikan bar tajuk itu.
Hendak ke tidak bebutang ni
Jika anda tidak pernah menggunakan Mail atau sebarang bebutang pada toolbar itu, anda boleh menyunting konfigurasi untuk membuang bebutang itu. Klik kanan pada ruangan kosong bar bebutang itu dan pilih Customize. Pada ruangan sebelah kanan kekotak dialog, klik bebutang yang anda hendak buang dan klik bebutang Remove. Jika anda hendak menambah bebutang pula, pilih bebutang pada ruangan sebelah kiri dan klik bebutang Add.
Terbuka sudah
Jika anda klik pada sebarang link (sambungan) dalam sebuah laman Web dan tidak berlaku sebarang perubahan, maka anda boleh klik kanan pada sambungan itu dan pilih Open in New Window. Ia akan membuka laman Web itu dalam tetingkap yang baru.
Pantas dan lengkap
Sebuah ciri tambahan yang menarik dalam IE5 ialah senarai "drop-down" yang boleh anda dapatkan bila anda mula menaip alamat pada bar alamat (Address Bar). Kemudian tekan kekunci anak panah dan turun ke bawah untuk melihat URL laman Web yang anda mahu, kemudian tekan Enter. Jika anda tidak menggunakan IE itu untuk masa yang lama, maka ciri AutoComplete akan menjadi perlahan. Untuk mengurangkan kelemahan ini, pergi ke Tools, Internet Options, General dan kurangkan jumlah hari yang diperlukan dalam History. Anda juga boleh klik Clear History untuk memadam semua senarai History.
Sambungan bersih
Garis bawah sesebuah teks itu menandakan ia adalah sebuah sambungan (link), tetapi bagi sesetengah orang ia kelihatan hodoh. Jika anda ingin ingin memadamnya, pilih Tools, Internet Options, Advanced, dan pergi ke bahagian Browsing kemudian pilih Never pada bawah Underline Links. Anda juga boleh memilih pilihan Hover, di mana sambungan yang telah anda lawat akan digariskan. Ini bagus digunakan untuk laman yang menggunakan skema warna yang ganjil.
 


Lajukan sambungan Internet
Kebanyakan orang gemar bertanya soklan yang sama.... "macam mana nak tambah kelajuan internet connection?" dan kebanyakan jawapannya suruh pakai ISDN , pakai P4 ,pakai modem externel...ya aku akui yang sume tu memang bagi kelajuan internet bertambah tapi memerlukan duit...so aku nak bagi tips² yang leh tolong korang...utk win98,win98se dan win98seu winme, win2000, dan winxp bace elok² kat bawah ni....
1. first of all...yg penting korang memerlukan new version driver utk modem korang...cari yang terbarunye...kalo nak cari ...cari kat sini http://www.drivershq.com
2. pegi kat START>RUN>system.ini masuk kat situ..pastu cari line [ 386Enh ] pastu add ComxBuffer=1024 ni...dan satu lagi pegi cari line [vcache] pastu add dua mende ni MaxFileCache=32768 dan MinFileCache=1024 .....
3. pegi lagi kat START>RUN>win.ini pastu cari line [Ports] pastu tuka setting com1,com2,com3 dan com4 menjadi 921600,n,8,1,p .....
4. oke...ni plak bahagian registry..read carefully... pegi START>RUN>regedit pastu pegi lak kat HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Internet Settings
pastu.... kat seblah kanan tu korang akan nampak dianye register..korang tak perlu kacau registry yg ade...ape yg perlu korang buat ialah mengadd 2 key baru iaitu jenis DWORD values :
i) MaxConnectionsPerServer dan set kan kepada 4 Decimal
ii) MaxConnectionsPer1_0Server dan set kan kepada 8 Decimal
5. oke masuk lagi kat registry editor START>RUN>regedit pastu go to HKEY_LOCAL_MACHINE\System \ CurrentControlSet \ Services \ Class \ Net \ 0000 haa...kat sini korang cari SLOWNET value dan tuka setting nye dari 01 ke 00 ....
6. care yang same cam nombor 5 pegi kat registry pastu gi kat HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\VxD\COMBUFF
...find START value dan tuka setting nye dari 00 ke 01
7. care same gak pegi kat registry editor pastu gi kat HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\VxD\VCACHE pastu cari START value dan tuka setting nye dari 00 ke 01
okess ni part susah sket...
8. masuk kat registry editor lagi pastu browse ke HKEY_LOCAL_MACHINE \ System \ CurrentControlSet \ Services \ Class \ Net \ 000 \ Ndi \ params \ IPMTU \ enum ....kat sini korang akan mendapati ade
string value iaitu 0 = Automatik, 1500 = Large, 1000 = Medium, dan 576 = Small ....kalo korang ingat balik....mende tu menunjuk kat saiz yg korang set kat dlm CONTROL PANEL>NETWORK>DIAL-UP APDAPTER>PROPERTIES>ADVANCED>IP PACKET SIZE betul tak...haaa.. ni aku nak ajar korang set Custom sendri nye setting....memula korang add new STRING value pastu namakannya kepada Custom dan korang bubuh la angka utk ip packet size korang yg korang nak...tapi jgn terlalu besar sebab ia akan menyebabkannye ia tak berfungsi...so utk tau tahap maximum yang modem korang leh capai ialah dengan mengping laman web isp korang..iaitu dengan care ... masuk run ms dos promt pastu type ni ping -f -l [ip peket size yang korang nak] www.isp.com contoh ping -f -l 576+28 www.tm.net.my
oke pastu tgk laju ke idak...ping sampai korang mendapat reply yg laju...dan pastikan korang bubuh +28 dlm ip peket korang tu....dan aku cadangkan korang setkannye kepada 176+28
p/s terpulang la kepada korang...dan kalau dapat setting yang bagus utk ip peket size sile la bagitau kitorang sume kat sini...jgn kedekut ilmu oke....aku pun tak dapat cari ip peket yg terbaik...so minta pertolongan sesape la yek :-þ ...
8. masuk lagi kat registry editor....pastu browse sampai HKEY_LOCAL_MACHINE \ System \ CurrentControlSet \ Services \ Class\Modem \ 000 ...haaa kat sini korang cari sampai jumpe key values yang nama dia BaudRate dan tuka dia nya isi setting
yang bernombor dari c2 01 ke 10 0e dan key value yang bernama DCB dan tuka isi setting nya dari c2 01 ke 10 0e ..... lepas tu restart la pc korang.... after korang restart tu...bukak CONTROL PANEL>MODEM>PROPERTIES haa korang tgk kat maximum speed korang dah bertambah 3 kelajuan baru iaitu 230400, 460800, 921600 dan setkannye kepada 921600
p/s kalau korang tak jumpe BaudRate tu maknanya takde la tu...so jangan la kecewa....
okes yang ni tips jek....
1. pastikan korang nye setting kat Control Panel>Modem>Properties>ADVANCED adalah disetkan kepada :
i) use error control
ii) compress data
iii) use flow control
iv) hardware (RTS/CTS)
2. pastikan jugak korang nye setting kat Control Panel>Modem>Properties>Port Settings dah ditarik abis ke kanan slidernye...
3. dan juga dekat [b]Control Panel>SYSTEM>DEVICE MANAGER>PORTs (COM & LPT)[b] masuk kat sume communication port yang korang ade..pastu pegi kat bahagian [b]PORT SETTINGS pastu setkan bits per seconds nye kepada 921600,data bits 8, parity none, stops bits 1, flow control HARDWARE...
hahhh...tu jek yang aku dapat bagi setakat ini.......dan aku nak remind korang lagi...lepas korang ubah sesuatu setting sila la restart pc yerk ...so sampai sini jek la yang aku dapat tulis...okey.
p/s kesan daripada ape yg korang akan buat ialah kelajuan bps korang connect ke internet akan bertambah seperti yang aku dulu dari 38600bps kepada 45333bps....dan dl rate dari tak menentu jumlahnye yang kekadang mencecah tahap tak sampai 1kbps kepda lebey 3kbps dan kebiasaan nye 4.5kbps ke atas...dan juga kelajuan korang mengload webpage...ianya menunjukkan penambahan kelajuan 50%...
contoh-contoh setting yang ade dlm win.ini ngan system.ini
contoh utk langkah ke 2...
[386Enh]
ebios=*ebios
woafont=dosapp.fon
mouse=*vmouse, msmouse.vxd
device=*dynapage
device=*vcd
device=*vpd
device=*int13
EMMExclude=C000-CFFF
PagingDrive=C:
ComxBuffer=1024
keyboard=*vkd
[vcache]
MaxFileCache=32768
MinFileCache=1024
contoh utk langkah ke 3...
[Ports]
LPT1:=
LPT2:=
LPT3:=
COM3:=921600,n,8,1,p
COM4:=921600,n,8,1,p
FILE:=
COM1:=921600,n,8,1,p
COM2:=921600,n,8,1,p
 


Gunakan hotmail dalam Outlook
Pegi ke Tool pada Outlook
1. Pergi kepada account
2. Kemudian pegi pada Add
3. Guna server Http utk mendaftar ahli Hotmail @ memindahkan ke Outlook
 


MSinfo32
MSinfo32 di dalam Windows ME boleh digunakan untuk mengetahui pelbagai maklumat sistem komputer yang Windows gunakan.
Cara memulakan MSInfo32:
Klik Start
Klik Run
Taip MSINFO32
Dan klik OK
Ia menyenaraikan [System Summary] berikut:
Hardware Resources - DMA, I/O dan IRQ
Component - Maklumat Perkakasan dan Driver, serta CODEC dsb
Software Environment - Seperti MSConfig tetapi lebih terperinci
Internet Explorer - Info konfigurasi Internet Explorer, Module dan Versi fail DLL
Applications - Terhad kepada maklumat suite Microsoft Office
Selain dari [System Summary], pelbagai [Tools] boleh dilancarkan dari MSinfo32 iaitu:
Senarai Tools
Utiliti Fungsi
1 System Restore Bina Baru/Semula Backup
2 Fault Log Error yang pernah berlaku pada Windows
3 Network Diagnostics Loopback, Proxy, Cache, Maklumat Modem, kad Network.
4 DirectX Diagnostic Tools Pengujian keupayaan Multimedia - Sound, Video, AGP, Video Acceleration
5 Update Wizard Uninstall -
6 Signature Verification Tool Pengesahan fail tertentu
7 Registry Checker Periksa Registry dan Backup Baru
8 Automatic Skip Driver Agent Pilihan untuk menetapkan Windows tidak menambah semula driver yang conflict.
9 Dr Watson Senarai module yang Windows load.
10 System Configuration Utility Sama seperti MSConfig
11 Scandisk Sama seperti Scandisk
12 WMI Control Windows Management Instrumentation - Polisi Windows, User, Kawalan Polisi Local dan Remote.
Dirumuskan, ketahui potensi dan status Windows ME dengan maklumat-maklumat dari MSInfo32 malahan ia juga boleh dikatakan sebagai suatu repositori untuk penyelesaian masalah sistem.
 

0 komentar:

Posting Komentar